BLOG INI

Blog ini khas satu kenangan orang lama seperti saya.

Banyak dialek Padang Terap yang saya kekalkan. Kalau tidak berapa jelas, mohon dimaafi.

Blog ini sekadar untuk suka-suka merakam suatu yang terlalu usang untuk diingat, sebelum saya 'padam'.



Tuesday, November 2, 2010

DIALEK PADANG TERAP 2

Matlamat Kajian

Kajian ringkas ini dibuat sebagai batu asas kepada pengkajian lebih mendalam pada penggunaan bahasa daerah di Padang Terap atas tujuan berikut;
1. Mengumpulkan perkataan dalam sebuah kamus kecil penggunaan bahasa dialek Padang Terap
2. Menjelaskan struktur susunan ayat dalam bahasa setempat yang sering digunakan
3. Menonjolkan penggunaan dialek setempat dalam susunan ayat melalui contoh-contoh perbualan seharian.

Metodologi Kajian
Kajian dilakukan melalui pemerhatian dan penglibatan sama penyelidik bersama masyarakat setempat khasnya dalam kalangan warga tua yang masih menuturkan loghat berkenaan. Pebualan yang diamati dirakamkan bagi memudahkan penyelidik mendapat maklumat yang tepat dan sejadi.

Bacaan Literitur

Kedah Darulaman

Kedah Darulaman dikatakan sebagai negeri tertua di Tanah Melayu. Kerajaan Kedah Tua diperintah oleh Maharaja Dereba Raja yang dikatakan berasal dari India. Semasa baginda memerintah Kedah, datang seorang pendita dari negeri Arab bernama Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad. Beliau adalah perantau dari Yaman yang tiba ke Kedah sekitar tahun 531H. Paduka Maharaja Derba dikatakan menerima Islam daripada Syeikh Abdullah al-Yamani yang akhirnya mempengaruhi rakyat jelata menerima Islam sebagai agama yang baru. Nama asal Kedah iaitu Qalha ditukarkan kepada Kedah (Hassan, t.t Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah).

Kenyataan ini hampir sama dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang menyebut Sultan Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani. Selain Lembah Bujang menjadi pintu masuk pedagang asing, muara Kuala Kedah juga pernah menjadi pusat penyebaran agama Islam ke negeri ini. Penemuan kota diraja di Kuala Kedah dan tumbuhnya pusat pendidikan agama Islam di pesisir sungai berkenaan menjadi bukti kehadiran Islam bermula di kawasan tersebut.

Latar Belakang Padang Terap dan Penduduknya.
Padang Terap merupakan daerah ketiga terbesar di Negeri Kedah dengan keluasan 1,365.84 kilometer persegi (Pejabat Daerah Padang Terap. Laporan Kemajuan Projek-projek Pembangunan, 1986/87. hlm 1). Pusat pentadbirannya ialah Kuala Nerang yang bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, Sik dan Pendang di baratnya. Terdapat sembilan Penghulu untuk 12 mukim dan 87 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan 118 buah kampung (Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Am banci Penduduk 1995).

No comments:

Post a Comment