BLOG INI

Blog ini khas satu kenangan orang lama seperti saya.

Banyak dialek Padang Terap yang saya kekalkan. Kalau tidak berapa jelas, mohon dimaafi.

Blog ini sekadar untuk suka-suka merakam suatu yang terlalu usang untuk diingat, sebelum saya 'padam'.



Tuesday, November 2, 2010

DIALEK PADANG TERAP 3 - POPULASI PENDUDUK

Populasi Penduduk Padang Terap

Mukim-Mukim Penduduk 1991 Penduduk 1995
Batang Tunggang Kanan 1,226 1,314
Batang Tunggang Kiri 1,270 1,358
Belimbing Kanan 7,102 7,610
Belimbing Kiri 2,516 2,696
Kurung Hitam 2,407 2,579
Padang Temak 4,738 5,078
Padang Terap Kanan 1,610 1,726
Padang Terap Kiri 4,008 4,296
Pedu 5,310 5,694
Tualak 2,142 2,258
Tekai Kanan & Tekai Kiri 18,406 19,768
JUMLAH 50,735 54,377
Jadual 1 : Mukim dan jumlah penduduk tahun 1991 dan 1995.

Jadual di atas menunjukkan purata pertambahan penduduk Padang Terap ialah 1.8% setahun dengan komposisi yang semakin ketara. Dari segi komposisi etnik, masyarakat Melayu beragama Islam merupakan majoriti penduduk mewakili 91.25% dengan jumlah 46,727 orang. Manakala Cina dan lain-lain etnik menduduki tempat kedua dan ketiga seperti jadual berikutnya;

Kaum Lelaki Wanita Jumlah Peratus
Melayu 22,789 23,484 46,273 91
Cina 427 356 783 1.54
India 79 57 136 0.26
Bumiputera lain 14 6 20 0.03
Lain-lain 1,706 1,614 3,320 7
Bukan Warganegara 115 79 194 0.38
JUMLAH 25,130 25,596 50,726 100

Jadual 2 : Komposisi Penduduk Daerah Padang Terap (Sumber: Nota Taklimat Pembangunan Daerah Padang Terap, Sempena Lawatan Menteri Besar Kedah, 1996)

Dari sudut ekonomi, kebanyakan penduduknya adalah petani tradisional yang mengusahakan sawah padi, dusun, penternakan kecilan dan buruh kilang. Kilang Gula Padang Terap yang ditubuhkan 14 Mac 1973 menjadi nadi utama pergerakan ekonomi penduduk setempat (Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Nerang, Kedah. Laporan Kemajuan Projek-projek Pembangunan 1986/87. hlm 58). Sebagai sebuah kilang yang memiliki ladang tebu terluas dalam negara, ia cukup untuk membuka peluang pekerjaan tetap kepada penduduk tempatan. Secara langsung ia berupaya menjana ekonomi penduduk dalam daerah yang termiskin di negeri ini.

No comments:

Post a Comment