BLOG INI

Blog ini khas satu kenangan orang lama seperti saya.

Banyak dialek Padang Terap yang saya kekalkan. Kalau tidak berapa jelas, mohon dimaafi.

Blog ini sekadar untuk suka-suka merakam suatu yang terlalu usang untuk diingat, sebelum saya 'padam'.



Tuesday, November 2, 2010

SEJARAH PADANG TERAP

Sejarah Padang Terap:
Dari aspek sejarahnya, Padang Terap telah dihuni lebih 500 tahun lalu. Kawasan penempatan awal ialah di perkampungan tepi-tepi sungai yang menjadi laluan utama pada ketika itu. Perkampungan awal (melalui Sungai Padang Terap) yang dipercayai wujud ialah Kampung Padang Nyior, Sungai Sari, Kampung Chucuh, Padang Gelanggang, Lubuk Labi, Bendang Nai-on (Ne-on), Pengkalan Taban, Pengkalan Kampung Tanjung dan Pengkalan Kuala Nerang. Manakala di perairan sungai Pedu pula beberapa kampung kecil yang wujud termasuklah Kampung Pedu, Kampung Barokas dan beberapa perkampungan kecil lain. Di sebelah kiri sungai Padang Terap wujud kampung Bendang Raja, Kampung Tolak dan Kampung Janing.
Perkampungan kecil wujud di beberapa kawasan kecil dan terpisah antara satu sama lain. Apabila berlakunya zaman darurat dan proses pemutihan, kawasan baru dibuka dan kawasan asal ditinggalkan seperti wujudnya Kampung Baru, Kampung Pisang yang menempatkan penduduk asalnya dari Kampung Chucuh. Begitu juga Kampung Sungai Sari yang diterokai peduduk Bendang Nai-on.
Suatu ketika dahulu, Padang Nyior pernah menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Padang Terap. Kewujudan beberapa kawasan penempatan, pusat pentadbiran dan kedai-kedai peruncitan milik orang Melayu dan Cina, menjadikan Padang Nyior lokasi pentadbiran setempat pada masa itu. Di sini terdapat kedai emas, tukang gigi, kedai cermin mata, kedai sabun, bar, kedai Cina Akow (Ah Kaw) dan kedai Cina Ong. Kedai-kedai lain yang beroperasi termasuklah kedai Saudagar Din, kedai Keling Ibrahim, kedai Keling Midin (Maidin) dan Cina Ayok (Chin Guan Leong) yang membeli getah (Temubual Fatimah Mohd Nor, 6 Jun 2006).
Pejabat Polis dan Pejabat Kadhi beroperasi di Pengkalan Sekolah, sementara Pejabat Tanah beroperasi di Pengkalan Ah Kow. Pengkalan Tok Ayah Nor (Pengkalan Taban) turut menjadi pusat operasi komuniti pada masa itu. Padang Nyior juga terkenal menjadi pusat hiburan iaitu permainan mak yong, hadharah, wayang kulit Melayu dan menora.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya jadi tahu sejarah Sejarah Padang Terap,
    terimakasih telah mengungkapkannya, sangat berguna untuk nambah wawasan

    ReplyDelete
  3. cikgu macam mana saya nk dapatkan sejarah dan asal usul kampung bendang raja kuala nerang

    ReplyDelete
  4. cikgu macam mana saya nk dapatkan sejarah dan asal usul kampung bendang raja kuala nerang

    ReplyDelete
  5. Tolong info Asal usul Kampung kubang daksa area kurong hitam , kuala nerang . sy ada kena buat sikit kajian pasai kampung tersebut . . terima kasih

    ReplyDelete